JPM
Daie MadaniDaie MadaniIslam Mekar Bersama Malaysia MADANI
ProgramPendaftaran ditutup

PROGRAM Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) 2026

Disiarkan 24 Feb 2026

Kandungan

PROGRAM Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) 2026

Kuala LumpurDisiarkan

PROGRAM Himpunan Asatizah Muda Kebangsaan (HAMKA) 2026 menerima sambutan luar biasa apabila berjaya menghimpunkan lebih 1,400 asatizah muda dari seluruh negara pada 24 Februari di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Platform strategik memperkukuh kesatuan fikrah, profesionalisme serta jaringan kepimpinan dakwah generasi baharu tersebut dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan.

Anjuran YADIM dengan kerjasama agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), program ini dihadiri antaranya oleh Daie MADANI, guru KAFA, guru takmir serta mahasiswa pengajian Islam, termasuklah peserta dari Jordan, Mesir, Arab Saudi, Turkiye dan Maghribi secara dalam talian.

Senator Dr. Zulkifli dalam ucapannya berkata, dunia pasca normal hari ini memerlukan asatizah muda sendiri untuk sentiasa turun padang dan berada di media sosial untuk menguasainya dengan kandungan dakwah serta isu positif.
Jelas beliau seandainya ia tidak dilakukan, maka pemikiran melampau akan menguasai masyarakat. Memperkukuhkan lagi peranan asatizah muda selepas ini beliau memberitahu, HAMKA juga akan dilaksanakan di peringkat negeri selepas ini.

Dalam pada itu, pengisian HAMKA termasuklah sesi Dialog Asatizah Muda, sesi Sidang Meja Bulat dan perbincangan secara townhall bersama Senator Dr. Zulkifli selain sesi soal jawab bersama beliau.

Selari dengan aspirasi Malaysia MADANI, program ini turut menekankan peranan asatizah sebagai ejen kesejahteraan sosial melalui pendekatan MADANI Membantu, iaitu keterlibatan langsung pendakwah dalam agenda Pembangunan.

Program ini turut menyaksikan pelancaran inisiatif Daie MADANI sebagai platform jaringan nasional asatizah muda bagi memperkukuh gerakan dakwah yang kolektif, berautoriti dan inklusif dalam menyampaikan mesej Islam rahmah.

Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom turut hadir sama bersama ketua-ketua agensi Hal Ehwal Agama. Tidak ketinggalan ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Haji Amidi Dato' Abdul Manan dan Ustaz Azlan Shah Nabees Khan yang turut terlibat sebagai ahli panel sesi Dialog Asatizah Muda.

Daftar program
Masukkan No. IC anda. Pendaftaran hanya untuk Ahli Daie Madani yang telah diluluskan.
Belum daftar Ahli Daie Madani?