
Strategi Diplomasi Perdana Menteri Selesaikan Sekatan Kapal Malaysia di Teluk Hormuz
Strategi Diplomasi Perdana Menteri Selesaikan Sekatan Kapal Malaysia di Teluk Hormuz
Kerajaan MADANI fokus menjaga kebajikan rakyat walau dibadai krisis geopolitik dunia!
Pada masa kini, keadaan ekonomi dan geopolitik dunia sangat bergolak dan tidak menentu. Oleh itu, kami di Daie Madani (DAMAI) amat memahami bebanan berat yang dipikul oleh kepimpinan negara, terutamanya YAB Perdana Menteri dalam usaha mentadbir urus Malaysia dengan sebaiknya terutama pada aspek kewangan.
Walaupun dunia berdepan dengan pelbagai krisis, Perdana Menteri sentiasa berusaha keras mencari jalan untuk melindungi kebajikan rakyat. Sebagai contoh, ketika rantau Timur Tengah bergolak dan wujud ancaman sekatan di Selat Hormuz, laluan kapal-kapal dagang kita masih terjamin. Ini adalah hasil kejayaan dasar luar negara dan hubungan diplomatik yang baik antara YAB Perdana Menteri dengan negara-negara Islam, terutamanya Iran.
Mungkin ramai dalam kalangan rakyat yang tertanya-tanya, "Malaysia kan negara pengeluar minyak, kenapa kita pun terkesan dengan isu ini?" Sebenarnya, hakikat yang kita perlu faham adalah:
• Pengeluaran vs Penggunaan: Walaupun kita mengeluarkan minyak, jumlahnya tidaklah sebesar negara-negara Arab. Pada masa yang sama, penggunaan kenderaan di dalam negara kita semakin hari semakin bertambah tinggi.
• Kita Jual Minyak Mentah, Beli Minyak Siap: Minyak mentah yang kita pam dari laut (seperti minyak Tapis) adalah sangat berkualiti tinggi dan mahal. Oleh itu, kita menjualnya ke luar negara untuk mendapatkan keuntungan. Kemudian, kerajaan membeli semula minyak yang sudah siap diproses pada harga yang lebih murah untuk kegunaan kenderaan kita di Malaysia.
Namun, timbul satu masalah besar. Minyak yang disubsidi dengan harga murah oleh kerajaan telah banyak diseludup keluar ke negara jiran oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Jadi, apakah jalan penyelesaiannya? Di sinilah pentingnya langkah berani kerajaan memperkenalkan penyasaran subsidi (seperti program BUDI MADANI). Langkah ini amat wajar untuk mengelakkan ketirisan. Dengan mengapungkan harga minyak mengikut pasaran, aktiviti penyeludupan dapat dihentikan serta-merta. Penjimatan ini kemudiannya dipulangkan terus ke dalam poket majoriti rakyat Malaysia yang benar-benar layak.
Walaupun penyelesaian ini adalah langkah yang sesuai untuk jangka masa panjang, memang tidak dapat dinafikan ia bukan langkah sempurna. Pun begitu, krisis ini turut memberi kesan secara tidak langsung kepada rakyat.
Contohnya, kita terpaksa berdepan dengan hakikat penyelarasan harga diesel. Sedikit sebanyak, rantaian situasi ini mungkin akan memberi kesan kepada harga barang keperluan harian dan dapur. Namun, rakyat perlu faham bahawa ini adalah tempias kemelut ekonomi dunia yang berada di luar kawalan kita.
Kita amat berharap dan sentiasa berusaha agar kesan rantaian ini bersifat sementara. Pada masa yang sama, marilah kita memanjatkan doa setinggi-tingginya ke hadrat Allah SWT agar krisis global ini segera reda. Semoga kesukaran yang terpaksa dilalui ini tidak berpanjangan, dan digantikan dengan kesenangan kelak.
Kesimpulannya, marilah kita terus bersyukur. Jika kita lihat situasi di negara-negara jiran, ada yang bukan sahaja rakyatnya tidak mendapat subsidi, malah mereka turut berdepan krisis kekurangan bekalan minyak yang serius. Tetapi di Malaysia, bekalan kita stabil dan majoriti rakyat masih terbela.
Usaha dan ketegasan YAB Perdana Menteri (PMX) dalam menyelesaikan krisis ini dengan bijak wajar dipuji dan diberi pengiktirafan. Tahniah PMX! Teruskan usaha murni ini demi kesejahteraan rakyat.
Amir Zuhair
Pengerusi Daie Madani
#DaiaMadani
#MalaysiaMADANI
#KrisisEkonomiKitaAtasiBersama